Posts

Showing posts from September, 2018

Hutan royal belum

Hutan ini berlokasi di negeri Perak . Hutan ini merupakan hutan yang tertua di Malaysia . Di sini terdapat hidupan liar seperti Harimau, gajah dan tapir . Kita juga boleh bermalam di boat house, lokasi ini sangat sesuai kepada para pemancing kerana disini dapat memberi peluang untuk para pemancing bermancing .Selain dapat melakukan aktiviti memancing kuta juga dapat melakukan jungle tracking . Disini lah aktiviti yang paling seronok dan ekstrim dimana kalau diberi peluang dan ruanruang sepanjang aktiviti ini dilakukan pasti kita berkesempatan untuk melihat haiwan haiwan liar . Begitulah antara yang menarik di Hutan Royal Belum

Desaru

Desaru terletak di kota tinggi Johor . Tempat ini mempunyai lokasi lokai yang menarik seperti taman tema air (desaru coach adventure waterpark)  ,tanjung balau dan pantai desaru . Disini tempat yang paling sesuai untuk seisu keluarga untuk meluangkan masa beriadah bersama selain merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga . Tempat ini menjadi tumpuan ramai kerana keunikan dan kecantikan landskap yang tersendiri.

Cameron highland

Cameron highland terletak di negeri Pahang . Tempat ini amat menarik kerana bukan sahaja mempunyai cuaca yang sejuk dan nyaman tetapi mempunyai tempat yang menarik untuk di lawati.  Antara tempat menarik ialah ladang teh,  strawberry farn,  kebun bunga ros , air terjun dan mempunyai pasar yang menarik di tengah kawasan cameron . Di sini adalah lokasi yang menarik kerana kita dapat menyegarkan fikiran dan minda selain menjadi destinasi bersama keluarga untuk melancong . Di cameron highland kita dapat merasai kesedapan buah strawberi yang segar dimana kita boleh untuk memetik sendiri buah tersebut . Itu lah antara aktiviti hang menarik yang terdapat di cameron highland

Taman negara kuala tahan

Taman negara ini dapat membuat aktiviti menarik . Tempat ini mempunyai sebuah  hutan yang antara tertua di Malaysia .Di sana antara aktiviti yang menarik ialah jungle tracking , kita dapat melihat pokok pokok ,burung dan kita boleh membuat canopy walkway dimana ia merupakan titian gantung terpanjanterpanjang di Asia tenggara dan ketinggian maksimum dalam mencapai 20 meter.  Di situ juga kita boleh buat rapid shooting iaitu menaiki bot pancong iaitu melalui jeram jeram sungai pahang .kita juga dapat melihat pokok pokok yang indah sepanjang sungai pahang . Begitulah tentang menarik nya taman negara kuala tahan

Gua Kota Gelangi

Gua kota gelangi terletak di Jerantut Pahang,  gua ini mempunyai struktur batu yang unik sebagai contoh gua batu sanding kerana mempunyai bentuk batuan yang menyerupai orang bersanding . Seterusnya gua mayat terdapat batuan seperti mayat .gua batu gajah pula mempunyai batu menyerupai kepala gajah.  Gua potret pula mempunyai satu batu yang menyerupai frame gambar di luar pintu gua .  Begitulah serba sedikit tentang gua di kota Gelangi

Gua Gunung Senyum

Hye guys , arini kita akan menceritakan tentang sebuah gua yang bernama gua gunung senyum . Gua ini berlokasi di Temerloh pahang. Gua ini mempunyai lebih daripada tujuh gua yang mempunyai keunikan yang tersendiri dan salah satu nya ialah gua terang bulan dimana ia nya mempunyai mitos tersendiri iaitu tempat puteri bunian bermandi cahaya seolah-olah ada bulan di dalam gua . Kedua nya gua angin , dimana mitos nya tempat puteri bunian mengeringkan badan nya selepas bermandikan cahaya . Seterus nya gua taman satu dan taman dua,  dimana tempat nya mempunyai landskap semula jadi yang sangat menarik seperti taman dan keadaan nya sentiasa bersih menjadi misteri. Gua silat,  dimana tempat latihan suami puteri bunian belajar mempertahankan diri dan landskap gua nya dipenuhi kesan tapak kaki. Gua bertapa ,tempat suami puteri bunian bertapa . Gua damai ,dimana mempunyai satu koridor dan akan dapat melihat dasar gua. Begitulah serba sedikit mengenai gua gunung senyum yang penuh mist...

Langkawi

Image
Langkawi merupakan sebuah pulau yang kaya dengan sejarah tersendiri dimana terdapat beberapa pulau-pulau kecil di Langkawi serta mempunyai beberapa tempat sejarah.  Langkawi merupakan tempat tumpuan pelancong . Perkara ini dibuktikan dengan kehadiran berjuta pelancong yang melawat tempat ini setiap tahun.  Kecantikan pulau nye menjadi punca utama kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.  Mercu tanda pulau ini ialah Burung Helang yang terdapat di dataran Helang . Mari kita lihat keindahan pulau Langkawi

Bali Indonesia

Image
Selamat malam wahai blogger . Sihat semua?  Ada apa di Indonesia ? Pasti nya indonesia mempunyai beberapa pulau yang menarik tetapi terdapat satu pulau yang mempunyai tarikan tersendiri iaitu Pulau Bali . Pulau ini menjadi perhatian pelancong dalam dan luar negara kerana kecantikan air dan tempat di Bali ini yang semestinya dijaga dengan begitu baik.  Bali merupakan sebuah pulau yang amat mewah dengan kecantikan dan suasana yang nyaman dan lantas menjadi perhatian ramai .

Brazil

Image
Di negara Amerika latin mempunyai sebuah negara yang amat popular di kalangan masyarakat dunia.  Semestinya negara Brazil sebuah negara yang menghasilkan kualiti pemain bola sepak terkenal seperti Ronaldinho ,Ronaldo dan Neymar . Negara ini tidak putus putus untuk melahirkan atlit yang berkualiti . Selain menceritakan tentang atlit di negara Amerika latin ini,  Brazil juga mempunyai beberapa tempat yang menarik untuk dilawati kerana keunikan bentuk muka bumi negara ini dan kepelbagaian budaya dinegara ini semestinya menjadi tumpuan pelancong luar untuk melancong di bumi Brazil . Mari kita lihat keindahan negara ini

Morocco

Image
Hello guys , kalao dah selalu melancong di dalam Malaysia ,apa salah nye melancong di luar negara pula kan ? Okay, jom kita lihat salah satu negara yang mempunyai tarikan tersendiri untuk kita lawati.  Negara yang dimaksudkan ialah Morocco . Morocco terletak di sebelah negara Algeria . Apa istimewa nya negara ini ? Pastinya setiap negara mempunyai keunikan yang tersendiri . Morocco mempunyai keunikan dari segi pemandangan dan bangunan yang berbeza berbanding di Malaysia dengan kedapatan bangunan antara satu sama lain.  Di sini kita akan dapat lihat bagaimana hubungan silaturahim antara penduduk di Morocco amat baik.  Mari kita lihat keunikan negara Morocco

Tanjung Tuan

Image
Tanjung Tuan merupakan salah satu tempat rekreasi yang berada di Negeri Sembilan . Tempat ini adalah tempat yang mempunyai rumah api selain air laut yang sangat jernih.  Air yang kebiruan menjadikan tempat ini salah satu faktor ramai pengunjung mengunjungi tempat ini. Selain itu untuk menuju ke tempat yang terbaik ini,  para pengunjung perlu mendaki sedikit yang hanya mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 minit untuk sampai ke rumah api dan air laut.  Mari kita lihat pemandangan di Tanjung Tuan .

PULAU RAWA

Image
Pulau Rawa?  Di mana tempat ini ? Apa yang menarik pulau ini berbanding pulau lain ? Okey guys,  pulau rawa terletakterletak di negeri Johor . Pulau Rawa merupakan sebuah pulau yang terbentuk dengan sangat cantik dengan kualiti air dan keadaan persekitaran berada di tahap paling terbaik disebalik mempunyai pemandangan yang amat cantik untuk mengambil gambar .  Mari kita lihat keunikan dan kecantikan Pulau Rawa.

BUKIT TINGGI

Image
Assalamualaikum kepada semua blogger,  okay mari kita tinjau satu lagi tempat yang berkonsepkan English style yang mempunyai tempat atau bangunan yang menekankan rupa bentuk eropah . Tempat ini dikenali sebagai Bukit Tinggi. Bukit Tinggi merupakan tempat peranginan yang sangat cantik selain mempunyai suasana yang sejuk dan nyaman.  Mari kita lihat gambaran di Bukit Tinggi

Fraser Hill

Image
Hello guys . Apa khabar semua ? Pasti sihat kan. . Kalao sihat pasti ingin mencari tempat menarik untuk bergembira selain dapat melaungkan masa bersama keluarga.  Okay harini kita akan menceritakan tentang Fraser Hill.  Fraser hill merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pengunjung di luar dan dalam Malaysia .  Fraser Hill terletak di Raub Pahang.  Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah bird watching and rest mind.  Tempat ini mempunyai pelbagai bangunan yang berkonsepkan English style yang unik serta menarik.  Tempat ini juga menjadi satu destinasi untuk mereka yang ingin berbulan madu kerana mempunyai cuaca yang sejuk dan nyaman  yang amat sesuai bagi pasangan yang ingin berbulan madu . Mari kita lihat antara pemandangan di Fraser Hill .

Denai Tiga Puteri

Image
Apa itu denai tiga puteri ? Denai tiga puteri adalah merupakan sebuah bukit yang terletak di Kota Damansara.  Bukit ini tidak jauh dari kawasan ibu kota . Tempat ini sesuai untuk kita merehatkan minda kerana setibanya di puncak bukit,  kita dapat melihat pemandangan yang indah dan mempunyai kehijauan yang segar . Mari kita lihat sedikit gambaran Denai Tiga Puteri

Bukit Kutu

Image
Hye guys,  jom kita kenali tentang Bukit Kutu.  Di mana terletaknya Bukit Kutu?  Bukit Kutu terletak si Kuala Kubu Baru , Selangor . Bukit ini dahulunya dikenali sebagai TeacherTeacher's Hill . Bukit ini mempunyai ketinggian setinggi 3456 kaki setaraf ketinggian sebuah gunung dan mengambil masa hampir 4 jam untuk tiba di puncak bukit ini . Tempat ini tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur yang hanya mengambil masa lebih kurang 90 minit dari ibu kota . Bukit ini mempunyai cabaran yang sangat istimewa selain daripada ketinggian yang agak tinggi berbanding bukit lain . Sepanjang perjalanan menuju ke puncak bukit , kita akan dapat melihat tentang flora dan fauna selain terdapat juga tapak peninggalan rumah banglo lama yang sudah runtuh . Mari kita lihatlihat sedikit gambaran di Bukit Kutu.

Bukit Gasing

Image
Hye kepada para blogger semua . Sekali lagi akan menceritakan tentang keindahan alam semulajadi yang amat unit . Bukit Gasing . Pernah dengar tentang Bukit Gasing?  Pastinya ada yang sudah biasa dengar tempat ini dan pastinya pertama kali mendengar tempat ini. Bukit Gasing terletak di Petaling Jaya  dan pastinya tidak jauh dari Kuala Lumpur . Pastinya masyarakat di Kuala Lumpur inginkan satu susana yang dapat menenangkan fikiran lagi-lagi dengan suasana bising dan sibuk di bandar. Bukit Gasing adalah tempat menarik untuk tenang kan fikiran selain dapat menghirup udara yang segar.  Pastinya sepanjang pendakian di Bukit Gasing penglihatan kita akan menjadi segar dengan dikelilingi suasana kehijauan.  Mari kita lihat suasana dan latar belakang Bukit Gasing yang pastinya akan menjadi tumpuan ramai selepas ini

Bukit Tabur

Image
Assalamualaikum kepada semua blogger . Harini kita akan menceritakan serba sedikit tentang sebuah bukit yang pastinya akan menjadi salah satu tempat untuk dijadikan aktiviti mendaki.  Bukit ini dikenali sebagai Bukit Tabur.  Bukit Tabur terletak di negeri Selangor yang mempunyai cabaran tersendiri untuk mendaki bukit ini.  Hal ini kerana laluan dan bentuk persekitaran bukit yangyang Agak mencabar dan berliku.  Dengan keunikan tersendiri bukit ini akan menjadi satu cabaran kepada para pendaki .  Tetapi hasil daripada cabaran tersebut akan memberi kepuasan yang maksimum selepas tiba di puncak bukit ini kerana dengan apabila tiba di puncak , para pendaki akan dihidangkan dengan pemandangan yang sangat indah . Mari kita lihat suasana persekitaran dan keindahan Bukit Tabur.

BUKIT BROGA

Image
Assalamualaikum semua.  Pastinya anda ingin mendapatkan suasana dan pemandangan yang cantik. Bukit Broga adalah salah satu tempat yang cantik.  Hal ini kerana , disini anda dapat lihat bagaimana keindahan alam di sekitar Bukit Broga yang sangat indah dan puas hati.  Anda hanya perlu mendaki Bukit Broga dan apabila setibanya di puncak Bukit Broga anda akan berasa puas kerana penat lelah anda mendaki akan dibalas dengan keindahan alam semulajadi..  Mari kita lihat sedikit suasana di sekitar Bukit Broga .

Pulau Menarik Di Mersing

Image
Assalamualaikum semua. Pastinya Mersing dikenali sebagai sebuah daerah di Negeri Johor yang mempunyai beberapa buah pulau yang amat menarik untuk dikunjungi. Antara pulau yang dapat menarik perhatian pelancong adalah: Pulau Aur Pulau Besar Pulau Pemanggil